Wednesday, April 25, 2012

Bakti Masyarakat PEMBINA KT 2012


Rabu, 25 April 2012 - Bersempena dengan Program Ibu Bapa Soleh, Anak Cemerlang 2012 (ISAC) pada Sabtu ini 28 April 2012 anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan KT dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), pihak Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan KT berbesar hati untuk sama-sama mempromosikan program ini dengan mengedar 'flyers' kepada penduduk sekitar perumahan Pantai Tok Jembal.


Aktiviti telah berlangsung selepas waktu asar, dalam pukul 5.30 petang dan berkumpul di pintu belakang asrama UMT. Walaupun, hanya empat orang sahaja yang membantu, tapi masing-masing seolah-olah mewakili kemampuan serta kekuatan seperti dua orang. Subhanallah. Untuk sampai ke tempat destinasi, kami bersetuju untuk sama-sama berjalan kaki. Alhamdulillah, jarak perjalanan tidaklah jauh sangat.



Secara keseluruhannya, banyak sambutan yang positif dalam kalangan penduduk di sana. Hinggakan ada seorang pak cik jemput kami duduk untuk mendengar promosi program ini. Selain itu, rata-rata sukarelawan yang terlibat bersyukur kerana mempelajari kemahiran dalam berkomunikasi dan membina keyakinan diri.

Thursday, April 19, 2012

Ada Apa Dengan Semut?



Kembara Ke Dunia Semut

Tahukah anda tentang kebesaran Allah dalam mencipta seekor semut yang merupakan binatang paling kecil di dunia? Tentu anda tertanya-tanya siapa itu semut sebenarnya. Untuk pengetahuan anda, semut merupakan haiwan serangga yang hidup secara bermasyarakat. Cuba adik-adik perhatikan. Apabila semut berjalan, semut akan berjalan secara berkelompok. Semut tidak seperti manusia kerana semut tidak membezakan antara yang kaya dan miskin. Sebagai contoh mari kita lihat kehidupan semut Formica Yesensis, yang hidup di pantai Ishikari, Afrika. Masyarakat semut ini tinggal di 45,000 sarang yang saling berhubung di wilayah seluas 2.7 kilometer persegi. Masyarakat yang memiliki sekitar 1 080 000 ratu dan 306 000 000 pekerja ini dinamakan sebagai “masyarakat super’’ oleh para pengkaji. Para pengkaji mendapati bahawa semua alat produksi dan makanan ditukar dalam masyarakat semut secara teratur tanpa sebarang masalah dalam tempat yang sedemikian luas.

Ratu semut ditugaskan untuk meningkatkan jumlah semut dengan menghasilkan sejumlah telur. Dalam sesebuah masyarakat semut akan terdapat lebih dari satu ratu. Tubuh ratu lebih besar dari tubuh semut yang lain. Manakala tugas semut jantan hanya mengawan dengan sang ratu. Hampir semua semut jantan mati setelah mengawan.

Sang semut juga memiliki disiplin yang sangat mirip dengan ketenteraan. Namun, dalam ketenteraan semut, tidak mempunyai sang perwira tetapi mereka menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Cuba anda fikirkan bagaimana seekor haiwan biasa mampu mempunyai disiplin sedangkan golongan serangga ini tidak dikurniakan akal fikiran seperti kita manusia. Mereka sangat berdisiplin dengan amanah yang diberikan kepada mereka. Setiap kelompok semut mempunyai tugas masing-masing.

Misalnya semut penjaga pintu. Untuk pengetahuan anda, sarang semut dihubung-kan dengan dunia luar melalui lubang kecil yang hanya berukuran seperti saiz seekor semut. Untuk melalui lubang ini setiap semut perlu meminta izin daripada semut yang bertugas sebagai penjaga pintu. Penjaga pintu bertugas menutup pintu dengan kepalanya yang sesuai dengan lubang masuk. Lebih menarik, warna kepalanya sama dengan warna kulit pohon dimana sarang itu berada. Semut yang dipertanggungjawabkan menjaga pintu akan duduk berjam-jam di lubang masuk dan hanya membenarkan semut-semut dalam masyarakatnya sahaja untuk melalui pintu itu.




Istimewanya sang semut adalah kerana persahabatan yang murni antara mereka. Golongan serangga ini sanggup berkorban apa sahaja. Misalnya jika berlaku kekurangan makanan dalam masyarakat semut, semut pekerja akan berubah menjadi semut pemberi makanan kepada semut-semut yang lain dengan partikel makanan yang ada dalam perut mereka. Apabila masyarakat berlebihan makanan, mereka akan ber-tukar menjadi semut pekerja. Ini adalah satu pengorbanan yang cukup tinggi, jauh mengatasi pergorbanan yang boleh dilakukan oleh manusia.

Semut sanggup memberi segala milik mereka kepada semut lain tanpa rasa ragu agar semut lain tetap hidup, sedangkan di dunia hari ini ramai manusia yang mati kelaparan tanpa mendapat bantuan makanan secukupnya.      
Semut juga pernah diceritakan dalam kitab Allah yang agung iaitu ketika nabi Allah Sulaiman dan bala tenteranya ingin melalui kawasan semut bahkan surah didalam Al-Quran itu Al-Naml yang beerti semut.

Firman Allah SWT, “Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.” (an-Naml : 18 )

Semut juga merupakan makhluk yang sungguh luar biasa. Kajian membuktikan bahawa golongan serangga kecil ini memiliki jaringan komunikasi yang luar biasa. Semut mempunyai kaedah komunikasi yang cukup canggih kerana pancaindera mereka sangat peka. Ia digunakan pada setiap ketika. Terdapat 500,000 sel saraf yang termuat dalam dua atau tiga milimeter tubuh mereka. Oleh itu, anda perlu tahu bahawa sekecil-kecil serangga ini, ia tahu meletakkan dirinya di tempat yang sewajarnya.
Anda perlu menjadi seperti semut, walaupun kecil tetapi kualiti kehidupannya sangat bermakna. Semoga anda menjadi seorang insan yang taat pada perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.


Thursday, March 22, 2012

TERTUBUHNYA WADAH

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI




Alhamdulillah, first of all, and till the end let us say selawat to our prophet, Muhammad S.A.W, his family members and his companions, as well as tabi’ scholars, tabi’-tabi’in and the contemporary ulamas who still dedicate in upholding Islamic words in this world. we hope that Allah’s blessing comes with them. Great to Allah, today, one blog has been created which purpose is to discuss matters regarding islam, university students and others. We pray that our efforts in spreading syariat and Allah’s bountiful knowledge receive His blessing. Keep on supporting us….=)



**************************************************


Alhamdulillah,pertama-tamanya dan selama-lamanya marilah kita berselawat keatas baginda Rasulullah S.A.W,kaum keluarga serta para sahabat baginda,ulama tabi’,tabi’-tabi’in serta ulama zaman sekarang yang masih dedikasi menegakkan syiar Islam dimuka bumi Allah. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama mereka. Maha suci Allah, pada hari ini tertubuhlah satu blog insyaAllah akan membincangkan hal ehwal yang bekaitan dengan Islam,mahasiswa dan sebagainya.Semoga saja usaha kami dalam mengembangkan syariat dan ilmu2 Allah ini mendapat keberkatan dan redhaNya. Teruskanlah menyokong kami….=)


*************************************************









Bersama memperkasa jati diri Islam yang syumul...





















SEKIAN