Wednesday, April 25, 2012

Bakti Masyarakat PEMBINA KT 2012


Rabu, 25 April 2012 - Bersempena dengan Program Ibu Bapa Soleh, Anak Cemerlang 2012 (ISAC) pada Sabtu ini 28 April 2012 anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan KT dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), pihak Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan KT berbesar hati untuk sama-sama mempromosikan program ini dengan mengedar 'flyers' kepada penduduk sekitar perumahan Pantai Tok Jembal.


Aktiviti telah berlangsung selepas waktu asar, dalam pukul 5.30 petang dan berkumpul di pintu belakang asrama UMT. Walaupun, hanya empat orang sahaja yang membantu, tapi masing-masing seolah-olah mewakili kemampuan serta kekuatan seperti dua orang. Subhanallah. Untuk sampai ke tempat destinasi, kami bersetuju untuk sama-sama berjalan kaki. Alhamdulillah, jarak perjalanan tidaklah jauh sangat.



Secara keseluruhannya, banyak sambutan yang positif dalam kalangan penduduk di sana. Hinggakan ada seorang pak cik jemput kami duduk untuk mendengar promosi program ini. Selain itu, rata-rata sukarelawan yang terlibat bersyukur kerana mempelajari kemahiran dalam berkomunikasi dan membina keyakinan diri.

No comments:

Post a Comment